Rabu, 19 November 2008

Kerajaan P. Pinang terbitkan akhbar 'Suara Rakyat'

Mohd Sabri Said


GEORGETOWN - Akhbar Kerajaan Negeri 'Suara Rakyat' akan menemui rakyat secara berkala mulai awal Desember ini setelah proses penerbitanya selesai.

Exco Kerajaan Negeri, Haji Abul Malik Kassim ketika sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi tadi menambah, akhbar berkenaan diterbitkan dengan 32 muka surat tetapi apa pun ia akan diputuskan dalam mesyuarat kali pertama sidang ediotorial esok.

"Alhamdullilah, semuanya dah selesai dan ia akan temui rakyat pada awal Disember depan. Walaupun pada peringkat mula tiada penender datang tetapi bila dibuka sekali lagi terdapat dua penender yang memberi reaksi tetapi atas keputusan lembaga pusat tender kami memilih satu sahaja untuk menerbitkan akhbar berkenaan," jelasnya.

Antara sidang editorial yang bakal dibentuk di pengerusikan oleh Haji Abul Malik dan dibantu oleh seorang daripada Univesiti Sains Malaysia (USM) serta dua orang wartawan.

Kesemua jawatankuasa itu, dianggarkan tujuh ke sembilan orang.

Menjawab soalan wartawan kononnya penerbitan akhbar berkenaan untuk tujuan menaikkan emej seseorang seperti yang berlaku pada kerajaan terdahulu beliau menafikan sekeras-kerasnya sebalik menegaskan, ia sebagai penerangan kepada rakyat apa yang kerajaan Pakatan Rakyat laksanakan setelah pengambil alihan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan tidak berniat mahu mengambil kesempatan terhadap keluaran akhbar tersebut sebaliknya mahu menjelaskan kepada rakyat apa yang kerajaan Pakatan Rakyat jalankan setelah diamanahkan menerajuinya," kata beliau. - mns_

Tiada ulasan: