Rabu, 12 November 2008

Keputusan UPSR mulai pukul 10 pagi Khamis ini

MSTAR ONLINE


PUTRAJAYA: Calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lalu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi Khamis ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini, seramai 518,616 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Daripada jumlah itu, 511,367 (98.6 peratus) adalah calon sekolah kementerian, manakala bakinya seramai 7,249 (1.4 peratus) merupakan calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,171 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan tersebut di seluruh negara. BERNAMA

Tiada ulasan: