Jumaat, 14 November 2008

Hukum tembak pengebom tarik perhatian umum

SINAR HARIAN


CANBERRA - Berita hukuman tembak yang dikenakan terhadap anggota kumpulan pengebom Bali sepatutnya dikawal dengan ketat bagi mengelakkan sebarang daya tarikan kepada umum, kata Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda semalam.

“Mungkin saya sangka proses menghukum kumpulan pengebom itu tidak diberikan liputan meluas,” kata Hassan selepas pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Australia di Canberra.

Upacara pengebumian kumpulan pengebom itu mencetuskan ketegangan di antara kumpulan penyokong mereka dengan pihak polis.

“Mungkin ini merupakan perkara yang terpaksa ditanggung dalam keterbukaan dan demokrasi di Indonesia,” kata Hassan.

Beliau berkata dengan menjatuhkan hukuman itu, kerajaan Indonesia telah menunjukkan cara sendiri dalam menyelesaikan masalah pengganas dan memberikan satu keputusan yang diharapkan oleh kebanyakan rakyat Indonesia.

“Pengebom Bali telah melakukan sesuatu yang sukar dimaafkan, dan saya fikir ini bukan sekadar pandangan kami, tetapi rakyat Indonesia, itu adalah hukuman yang layak buat mereka,” kata beliau.

Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Stephen Smith berkata komen-komen media berhubung hukuman tembak itu dilihat bakal memberikan tekanan kepada keluarga mangsa pengeboman itu.

“Ia sentiasa terbuka buat media Australia dan Indonesia untuk tidak melaporkan perkara itu,” kata Smith sambil menyokong pendirian Hassan berhubung hukuman itu.

Tiada ulasan: