Selasa, 11 November 2008

'Himpunan Bantah ISA':Pemuda Terengganu hantar 10 ribu

SM Noor


KUALA TERENGGANU -Pemuda PAS Terengganu akan menyahut seruan himpunan raksasa yang akan dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan menghantar 10,000 orang anggotanya.

Buletin Online melaporkan,Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah optimis akan dapat menghimpunkan jumlah tersebut menjelang 'Himpunan Mansuh ISA' yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan (2009).

Beliau berkata kempen secara intensif bagi memberikan kesedaran dan awasan kepada semua anggota pemuda PAS Terengganu sudah pun digerakkan.

"Kita optimis dan yakin akan dapat mengumpulkan 10,000 orang anggota pemuda yang akan turun menyertai Himpunan tersebut,

"Dengan kerjasama setiap kawasan parlimen (Terengganu) kita harap dapat mencapai sasaran seramai 1,500 dari setiap kawasan," kata beliau yang dihubungi semalam.

Katanya, walaupun tarikh sebenar belum ditetapkan lagi, beliau berharap pihak kawasan dapat menyiapkan senarai lengkap penyertaan dalam tempoh dua bulan ini.

Beliau berharap dengan itu, setiap anggota pemuda dapat meuar-uarkan program Himpunan Mansuh ISA ini bermula dari sekarang.

"Seluruh anggota yang terlibat akan mengedarkan risalah penerangan dan seruan 'Himpunan' kepada orangramai di tempat-tempat umum termasuk di pasar-pasar besar dan sekitar bandar Kuala Terengganu serta Bandar-bandar utama di daerah,"kata beliau.

Menurutnya 'Himpinan Mansuh ISA' kali ini mengambil 'model' Himpunan Aman BERSIH yang telah Berjaya diadakan setahun yang lalu, yang telah membawa impak yang besar kepada seluruh rakyat.

"Kemeja T (T-Shirt) Himpunan Mansuh Isa yang berwarna merah hitam berharga RM10 akan mula di edarkan bermula minggu depan.

"Pihak kawasan boleh menghubungi Sekretariat Himpunan Mansuh ISA peringkat negeri yang ditubuhkan dibawah Setiausaha Pemuda Negeri dari masa ke semasa bagi mendapat arahan dan perkembangan lanjut,"tambahnya. - mks._

Tiada ulasan: