Sabtu, 15 November 2008

Exco Wanita UMNO bidas Kamilia

SHAMSIAH ZULKAFLI dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA


KUANTAN - Exco Wanita UMMO hari ini menyelar sikap Datuk Kamilia Ibrahim yang tetap mahu bertanding merebut jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Mereka menyifatkan tindakan Kamilia yang juga Exco pergerakan itu sebagai merosakkan pelan peralihan jawatan Wanita UMNO seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan berkata, Kamilia adalah faktor penyebab pelan peralihan itu kucar-kacir.

Katanya, Kamilia hanya menyatakan pendiriannya menolak pelan peralihan itu selepas memperoleh undi mencukupi untuk bertanding jawatan tersebut sedangkan sebelum ini beliau mempunyai banyak masa dan ruang berbuat demikian.

''Hasrat Kamilia ini datang sewaktu mesyuarat perwakilan berlangsung sedangkan pelan peralihan kuasa Wanita UMNO diumumkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz pada 4 Oktober lalu.

''Kamilia berkali-kali tidak hadir mesyuarat sewaktu kami membincangkan hal ini (pelan peralihan kuasa), selepas itu pun dia tidak bersuara sama ada setuju atau tidak dengan pelan itu. Hanya selepas pencalonan selesai, dia menetapkan keputusan untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Mesyuarat Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di sini hari ini.

Maznah menegaskan, pihaknya akan bermati-matian menyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekiranya Naib Ketua pergerakan itu mempertahankan jawatan tersebut.

Tambahnya, tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang Wanita itu menggambarkan beliau tidak bekerjasama sebagai satu kumpulan sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

"Jika ada pertandingan di pucuk pimpinan, ini bermakna beliau akan menang percuma dan ini tidak adil kepada Wanita UMNO kerana beliau telah ingkar kepada pelan peralihan yang telah dipersetujui," katanya.

Beliau berkata, jika Kamilia menyatakan pendiriannya lebih awal, kemungkinan ahli Wanita UMNO dapat menamakan beberapa calon lain bagi jawatan Naib Ketua serta bagi jawatan Ketua Wanita sendiri sekiranya Rafidah tidak mempertahankan jawatannya.

Maznah menambah, Wanita UMNO Pahang bersedia menerima kepimpinan Shahrizat selepas Jun depan bagi mengelakkan perpecahan sebagaimana pernah berlaku pada pemilihan sebelum ini antara Rafidah dengan Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman.

''Ketika itu kita dapat lihat Wanita UMNO berpecah, ia mengambil masa lebih sepenggal untuk bersatu semula.

''Jika perpecahan berlaku lagi selepas ini, saya khuatir kita tidak akan boleh selesaikan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, itulah relevannya pelan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, Kamilia perlu bermuhasabah diri serta melihat keadaan yang dihadapi Wanita UMNO kini dengan lebih jelas.

"Sebelum ini, dia kata dia 'memboikot' mesyuarat Exco. Adakah ini pemimpin yang kita mahu?

"Memang tak salah kalau dia nak bertanding juga tapi kedegilan dia itu mengundang bermacam-macam masalah lain dalam Wanita UMNO," jelasnya.

Beliau turut menasihatkan Kamilia supaya tidak mengambil kesempatan dalam senario itu kerana pelan peralihan jawatan yang dirancang bertujuan untuk kebaikan Wanita UMNO sendiri.

"Inilah sikap orang yang tidak berminat untuk bermusyawarah. Tidak datang mesyuarat dan kita tidak tahu apa yang dia hendak lakukan. Dalam hal ini perpaduan adalah apa yang kita perlukan.

"Ahli UMNO sendiri perlu sedar bahawa orang yang meletakkan kepentingan diri tidak boleh menjadi pemimpin yang baik," katanya.

Ketua Wanita UMNO Kelantan, Senator Wan Hazani Wan Mohd. Nor pula berkata, tindakan Kamilia itu telah menyusahkan Wanita UMNO sendiri.

Katanya, beliau seolah-olah mahu melarikan diri daripada bersemuka dengan Wanita UMNO bagi membincangkan mengenai pelan peralihan jawatan pada mesyuarat Exco pergerakan itu.

"Sudah tiga kali beliau tidak hadir mesyuarat, jadi dia tidak tahu apa yang diperbincangkan dan kita juga tidak tahu apa yang dia fikirkan.

"Tindakan beliau adalah mementingkan diri. Kita tidak mahu perpecahan dalam Wanita UMNO saja. Pelan sudah ada, lebih baik ikut saja," katanya.

Beliau seterusnya meminta Kamilia tampil bersemuka dengan Rafidah dan Shahrizat serta ahli Exco lain bagi membincangkan perkara tersebut secara baik.

"Kita akan cuba cari beliau dalam masa terdekat ini dan minta untuk duduk berbincang bersama bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya.

Beliau berkata, jika Kamilia menyatakan pendiriannya lebih awal, kemungkinan ahli Wanita UMNO dapat menamakan beberapa calon lain bagi jawatan Naib Ketua serta bagi jawatan Ketua Wanita sendiri sekiranya Rafidah tidak mempertahankan jawatannya.

Maznah menambah, Wanita UMNO Pahang bersedia menerima kepimpinan Shahrizat selepas Jun depan bagi mengelakkan perpecahan sebagaimana pernah berlaku pada pemilihan sebelum ini antara Rafidah dengan Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman.

‘‘Ketika itu kita dapat lihat Wanita UMNO berpecah, ia mengambil masa lebih sepenggal untuk bersatu semula.

‘‘Jika perpecahan berlaku lagi selepas ini, saya khuatir kita tidak akan boleh selesaikan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, itulah relevannya pelan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, Kamilia perlu bermuhasabah diri serta melihat keadaan yang dihadapi Wanita UMNO kini dengan lebih jelas.

“Sebelum ini, dia kata dia ‘memboikot’ mesyuarat Exco. Adakah ini pemimpin yang kita mahu?

“Memang tak salah kalau dia nak bertanding juga tapi kedegilan dia itu mengundang bermacam-macam masalah lain dalam Wanita UMNO,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan Kamilia supaya tidak mengambil kesempatan dalam senario itu kerana pelan peralihan jawatan yang dirancang bertujuan untuk kebaikan Wanita UMNO sendiri.

“Inilah sikap orang yang tidak berminat untuk bermusyawarah. Tidak datang mesyuarat dan kita tidak tahu apa yang dia hendak lakukan. Dalam hal ini perpaduan adalah apa yang kita perlukan.

“Ahli UMNO sendiri perlu sedar bahawa orang yang meletakkan kepentingan diri tidak boleh menjadi pemimpin yang baik,” katanya.

Ketua Wanita UMNO Kelantan, Senator Wan Hazani Wan Mohd. Nor pula berkata, tindakan Kamilia itu telah menyusahkan Wanita UMNO sendiri.

Katanya, beliau seolah-olah mahu melarikan diri daripada bersemuka dengan Wanita UMNO bagi membincangkan mengenai pelan peralihan jawatan pada mesyuarat Exco pergerakan itu.

“Sudah tiga kali beliau tidak hadir mesyuarat, jadi dia tidak tahu apa yang diperbincangkan dan kita juga tidak tahu apa yang dia fikirkan.

“Tindakan beliau adalah mementingkan diri. Kita tidak mahu perpecahan dalam Wanita UMNO saja. Pelan sudah ada, lebih baik ikut saja,” katanya.

Beliau seterusnya meminta Kamilia tampil bersemuka dengan Rafidah dan Shahrizat serta ahli Exco lain bagi membincangkan perkara tersebut secara baik.

“Kita akan cuba cari beliau dalam masa terdekat ini dan minta untuk duduk berbincang bersama bagi menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Tiada ulasan: