Khamis, 13 November 2008

Exco S'gor ditahan, dibebas dengan jaminan polis

MALAYSIA KINI


Polis menahan exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu sewaktu tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tengah hari tadi.

Ronnie ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu.

Ronnie yang ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran ditahan oleh anggota polis di pintu masuk ke bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat exco negeri.

Ronnie kemudiannya dibawa ke balai polis Puchong.

Elizabeth yang menyaksikan Ronnie ditahan berkata, Ronnie dijangka didakwa di mahkamah majlis Petaling Jaya Isnin depan.

Ronnie kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada jam kira-kira 3.15 petang.

Beliau juga telah diarahkan hadir di mahkamah majistret Petaling Jaya Isnin ini.

Utusan Malaysia melaporkan pada 3 November 2007 bahawa polis menahan Ronnie, yang ketika itu ahli jawatankuasa pusat DAP, kerana didakwa bertindak mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 6.30 petang berikutan serbuan ke atas hoel itu yang membawa kepada penangkapakan 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan.

Ronnie,disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tiada ulasan: