Rabu, 12 November 2008

Elaun ketua kampung dinaikkan

Johari Jaafar


IPOH - Pembentangan Bajet 2009 Kerajaan Negeri Perak kali ini turut memperuntukan RM12 juta untuk meluluskan pemberian kenaikan elaun ketua-ketua kampung daripada RM200 kepada RM400 sebulan

Menteri Besar Perak memuji rakyat Perak yang sanggup menawarkan khidmat sebagai ketua kampung walaupun elaun mereka berkurangan akibat peruntukan elaun sebanyak RM400 ringgit ditarik balik Kerajaan Pusat.

Sebelum ini Ketua Kampung mendapat elaun sebanyak RM600 sebulan, RM200 dibayar oleh Kerajaan Negeri, RM400 dibayar oleh Kerajaan Pusat.

Menghargai keikhlasan dan kerelaan mereka berkhidmat, kerajaan negeri telah meluluskan untuk menaikkan kadar elaun mereka daripada RM200 kepada RM400, manakala Setiausaha JKKK diberi elaun sebanyak RM200 sebulan.

Sebelum ini, Setiausaha JKKK tidak menerima sebarang elaun bulanan melainkan elaun menghadiri mesyuarat.

Elaun RM400 sebulan itu juga turut dinikmati oleh ketua-ketua kampung bagi kampung baru dan setiusaha JKKK di kampung baru juga mendapat elaun RM200 sebulan. - mns_

Tiada ulasan: