Jumaat, 7 November 2008

Bursa kembali dihantui krisis

AGENSI


KUALA LUMPUR - Pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berakhir semalam menyebabkan pasaran saham di Asia kembali menumpukan kepada masalah ekonomi semasa.

Pasaran saham di rantau itu ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan berterusan terhadap krisis kewangan global akan bertambah buruk dan Amerika Syarikat (AS) kian hampir mengalami kemelesetan.

Kebanyakan bursa saham utama Asia mengikuti jejak kejatuhan pasaran AS semalam apabila ditutup 486.01 mata atau 5.05 peratus lebih rendah kepada 9,139.27.

Pasaran saham Jepun jatuh 622.10 mata atau 6.53 peratus kepada 8,899.14 untuk ditutup di bawah paras 9,000 mata untuk pertama kali sejak Jumaat lalu.

Singapura mengalami kejatuhan 49.62 mata atau 2.66 peratus kepada 1,819.20 mata dan pasaran saham China jatuh 2.44 peratus.

Malaysia turut tidak terlepas daripada tempias kejatuhan pasaran saham serantau apabila jatuh 19.29 mata atau 2.1 peratus kepada 895.95 mata.

Tiada ulasan: