Khamis, 13 November 2008

Adun pembangkang buat gangguan

Johari Jaafar


IPOH - Beberapa Adun dari pembangkang masih terus membuat gangguan di sidang Dun sewaktu Adun kerajaan membahaskan Bajet 2009.

Mereka kerap menganggu dengan lagak kononnya Adun BN lebih berpengalaman, hebat dan pandai sewaktu mencelah bagi menganggu Adun Pakatan Rakyat membahaskan Bajet 2009.

Tingkah lakunya mencerminkan keangkuhan dan kesombongan, tabiat ini turut tidak disenangi pegawai-pegawai kerajaan.

Inilah watak wakil rakyat BN, membangkitkan isu remeh temeh dalam dewan.

Peluang berada di dalam Dewan bukan untuk mengetengahkan isu-isu rakyat sebaliknya mencari apa sahaja yang dilihat kelemahan.

Kadang-kadang apa yang dibangkitkan oleh mereka seolah-olah meludah ke langit dan menadahkan mukanya untuk ditimpa air ludahnya sendiri.

Namun begitu semua wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak melayani dengan berbuat tabiat yang sama. - mns_

Tiada ulasan: