Rabu, 19 November 2008

4 kawasan di Sabah berisiko gempa bumi

Oleh HATA WAHARI


KUALA LUMPUR – Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu di Sabah merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi kemungkinan berlaku gempa bumi, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof.

Katanya, memandangkan kawasan itu berisiko tinggi kerajaan telah menempatkan alat pengesan pergerakan bumi bagi membolehkan amaran awal diberikan kepada penduduk sekiranya berlaku gempa bumi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Salleh Kalbi (BN-Silam) yang ingin tahu adakah Sabah dilengkapkan dengan alat pengesan pergerakan bumi pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tiada ulasan: