Jumaat, 10 Oktober 2008

Universiti di Malaysia tidak tersenarai 200 Universiti terbaik, NC patut contohi Abdullah untuk berundur
SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR- Kegagalan dua Universiti terkenal negara, didalam senarai dua universiti terbaik dunia menunjukan kegagalan pentadbiran universiti untuk memberi didikan terbaik kepada mahasiswa.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Akin, kegagalan mendapat tempat didalam 200 Universiti tebaik dunia ini adalah sesuatu yang mengaibkan negara.

“Ianya merupakan satu kejadian yang mengaibkan negara, khususnya didalam bidang pengajian tinggi,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online pagi ini.

Baru-baru ini, satu senarai yang disiarkan Times Higher Education, mempamerkan 200 universiti terbaik dunia bagi tahun 2008 dan ianya menunjukan dua buah Universiti di negara ini yang pernah menduduki carta berkenaan tidak disenaraikan untuk tahun ini.

Untuk rekod pada tahun 2006, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menduduki tangga ke 185, manakala Universiti Malaya pada tahun yang sama muncul di angka 192.

Jelas Shamsul, satu perhimpuan bagi mengumpukan intelektual dan tokoh cendiakawan dari seluruh Malaysia harus diadakan bagi membincangkan hal ini.

“Saya mendesak Kerajaan atau Kementerian Pengajian Tinggi mengambilan tindakan proaktif menganjurkan satu perhimpunan intelektual dan tokoh cendiakawan seluruh Malaysia bagi membincangkan hala tuju dan perkembangan universiti secara menyeluruh,” katanya.

Diantara sebab kegagalan ini, menurut Shamsul, adalah akibat Suasana tidak kondusif kepada mahasiswa bagi mengembangkan pemikiran.

“Universiti harus kembali mengalakan suasana debat terbuka dan intelektual yang terbuka yang berpaksikan pada pendidikan dan

pendedahan kepada kelompok mahasiswa,” jelasnya lagi.

Selain itu faktor campur tangan politik oleh penguasa di Universiti-universiti juga diantara faktor kemerosotan bidang pendidikan negara.

“Bagaimana kita nak meraih kecermelangan sekiranya campur tangan politik dan penglibatan politik oleh para pengajar? sehinggakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dicampur tangan,” katanya lagi.

Shamsul berkata, sekiranya hal ini berlarutan dan tiada jalan penyelesaian, Shamsul mencadangkan agar Naib-naib Chanselor meletakan jawatan seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

“Pada saya mungkin Naib Chanselor perlu ditukar seperti mana dilakukan Abdullah Badawi yang gagal mentadbir negara,”katanya.

Tiada ulasan: