Khamis, 16 Oktober 2008

Umno Kelantan terima 731 bantahan dari cawangan

BERNAMA


KOTA BAHARU: Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan menerima sebanyak 731 bantahan daripada anggota parti di peringkat cawangan seluruh Kelantan sejak 11 Okt sehingga semalam.

Setiausahanya, Mirza Askary berkata bantahan itu termasuk gagal menghantar notis mesyuarat cawangan serta mengenai wakil bahagian yang dilantik sebagai pemerhati terlibat secara langsung dalam mesyuarat.

"Kita juga ada terima bantahan daripada anggota yang tidak menerima surat jemputan ke mesyuarat cawangan termasuk dari kalangan anggota jawatankuasa cawangan," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau turut menerima aduan daripada anggota berhubung pembatalan mesyuarat yang telah dijadualkan tanpa pengetahuan anggota cawangan sendiri manakala tarikh baru mesyuarat yang tidak dimaklumkan.

Semua bantahan itu tidak termasuk daripada anggota Pemuda, Wanita dan Puteri, katanya.

Tiada ulasan: