Jumaat, 10 Oktober 2008

Strategi BN sembunyi pilihan raya kampus dikesan
Intan Abdullah


KUALA LUMPUR- Pilihan raya kampus (PRK) kali ini dijangka mengulangi sistem lama iaitu diadakan secara berasingan yakni tidak serentak.

Menurut sumber kepada Harakahdaily, ianya dibuat dua peringkat iaitu pada 16 Oktober bagi sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan selebihnya akan diadakan pada bulan Januari akan datang.

Hal tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris haron dalam suatu mesyuarat bersama Timbalan-timbalan Naib Canselor pada 6 Oktober lalu.

Ianya dipercayai merupakan salah satu daripada strategi untuk menyembunyikan PRK daripada pengetahuan media dan rakyat negara ini.

"Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

"Sepatah kata Dato’Idris “Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!” demikian menurut sumber tersebut.

Sungguhpun begitu beberapa Majlis Perwakilan Pelajar telah dibubarkan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober lalu.

Menurut sumber dalaman kedua-dua kampus itu pula, tarikh penamaan dijangka pada 13 Oktober dengan 17 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi.

Meskipun notis pembubaran dinaikkan tetapi ianya tidak menyatakan tarikh penamaan dan pengundian.

Harakah sebelum ini telah mengeluarkan satu maklumat mengenai pelaksanaan pengundian secara berperingkat dengan membahagikannya kepada Zon Pantai Timur dan Pantai Barat. - mr_

Tiada ulasan: