Rabu, 22 Oktober 2008

Setiausaha Suaram bukan tahanan ISA

BERNAMA


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata setiausaha Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor Cheng Lee Whee hanya ditahan untuk disoal siasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebarkan maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Beliau berkata Lee bukan seorang tahanan ISA tetapi dituduh di bawah Seksyen 28 akta itu dan dia boleh membela diri dia mahkamah kerana membuat laporan palsu atau berita itu menyatakan dia dituduh.

"Tolong baca akta itu...akta itu bukan hanya penahanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian tersebut.

Cheng, 16 ditangkap pada Jumaat lepas di bawah Seksyen 28 akta itu kerana menyebarkan maklumat di laman web Polis Johor yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lepas.

Di bawah seksyen itu, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda RM5,000 atau keduaduanya. Seksyen 73 akta itu pula memperuntukkan seseorang itu boleh ditahan tanpa perbicaraan.

Tiada ulasan: