Isnin, 6 Oktober 2008

Pindah kes Anwar diketahui esok
UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini memutuskan Selasa ini sama ada mengeluarkan perintah supaya perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan keputusannya sehingga 7 Oktober untuk menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan di atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan pula yang diketuai Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan barisan 10 peguam bela termasuk seorang peguam syarie sebagai pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tiada ulasan: