Sabtu, 4 Oktober 2008

Penasihat DAP kunjungi Presiden PAS
Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rusila, Marang semalam.

Menurut Buletin Online, kunjungan Kit Siang itu diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu. Mereka tiba di rumah Tuan Guru kira-kira jam 9.27 malam.

Dalam kunjungan itu, sambil beramah mesra mereka mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai pelbagai isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa .

Turut bersama dalam pertemuan sempena kunjungan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing._

Tiada ulasan: