Khamis, 16 Oktober 2008

Paip pecah ganggu bekalan air di Selangor

My metro


SEPANG: Beberapa kawasan di Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat hari ini mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian paip pecah di tiga paip utama yang membekalkan air ke kawasan berkenaan dari Loji Semenyih.

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata kejadian itu turut menyebabkan 350,000 pengguna di kawasan tersebut terputus bekalan air.

“SYABAS mendapati tiga batang paip bersaiz 1500mm, 1200mm dan 1050mm di Kampung Revolusi Hijau pecah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, punca kejadian paip pecah tersebut masih disiasat dan ia disyaki kerana kerja-kerja mengorek pasir oleh pihak ketiga.

“Gangguan bekalan air ini melibatkan 35 kawasan di Hulu Langat, 27 kawasan di Kuala Langat dan 13 di Sepang,” katanya.

Tiada ulasan: