Jumaat, 17 Oktober 2008

Menteri sasau di Lorong Hj Taib

ROSLAN SMS


Sebut sahaja nama Lorong Hj Taib pasti akan mengundang respon sinis dari siapa sahaja yang mengetahui darihal aktiviti yang terdapat di lorong-lorong belakang kawasan “lampu merah” di Kuala Lumpur itu. Aktivitinya telah berjalan sejak puluhan tahun., saya ingat semasa saya masih bersekolah dahulu, antara OCPD Campbell (kini Dang Wangi) yang banyak menggelodak aktiviti pelacuran dan dadah di situ adalah Tuan Syed Meer Wahid (atau selalu dipanggil Syed Meor), yang kebetulan anaknya adalah rakan sekelas saya.

Itu dipertengahan dan lewat tahun 70an, namun berpuluh OCPD telah bertukar-ganti kini aktiviti di Lorong Hj Taib terus segar-bugar, ada rakan yang berkata dari operasi larut malam dahulu kini ia sudah menajdi bagai seven-eleven, iaitu 24 jam!

PAS menempatkan ibupejabat atau Pejabat Agungnya di Jalan Raja Laut sejak awal tahun 2007 (dirasmikan pada bulan Mei 2007), dibelakangnyalah terletak Lorong Hj Taib.

Di Parlimen semalam, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah memberikan jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS Titiwangsa YB Dr Lo’lo Dato Ghazali. Dr Lo’lo betanya mengapa pondok polis di kawasan berkenaan ditutup dan ditinggalkan begitu sahaja. Semua pihak mengakui dan menyedari akan masalah jenayah dan sosial yang menjadi-jadi di kawasan berkenaan, tiba-tiba pondok polisnya ditutup!

Lalu jawab Syed Hamid ianya ditutp kerana kehadiran penjenayah mengakibatkan keselamatan pihak polis tidak lagi terjamin, sila rujuk laporan The Star hari ini:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/17/parliament/2300354&sec=parliament

Masuk akalkah jawapan ini? Tambah Syed Hamid pondok polis itu terletak di kawasan yang kotor dimana dibimbangi boleh mengakibatkan anggota yang bertugas dihinggapi penyakit berbahaya. Soalan Dr Lo’lo ini tidak sempat dibincangkan dalam dewan sehinggalah ahli parlimen PAS Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli membangkitkannya semasa perbahasan belanjawan oleh ahli parlimen Gombak, YB Azmin Ali.

Bagi saya jawaban menteri berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab. Jika tempat itu kotor sebagaimana dakwa beliau maka DBKL ternyata tidak menjalankan tugas mereka, apa peranan Kedmenterian Kesihatan apa peranan Kementerian Wilayah Persekutuan, tidakkah kawasan ini terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur?!

Jawapan menteri berkenaan menghina para peniaga di sana yang menjalankan aktiviti halal (yang tidak terilbat dengan aktiviti persundalan) seperti kedai-kedai makan, pemborong buah-buahan, pemborong kain dan peralatan serta kelengkapan, malah Pejabat Khidmat Masyarakat pemimpin MCA, Dr Lee CHong Meng juga terletak di situ.

Dan dalam bab keselamatan sekali lagi saya menyatakan menteri berkenaan memang tidak bertanggungjawab. Jika benar kawasan berkenaan berisiko tinggi, dan merupakan pusat tumpuan para penjenayah, bagaimana pihak polis boleh melesenkan sebuah kedai senjatapi untuk beroperasi ditengah-tengah Lorong Hj Taib. Syarikat berkenaan yang membekalkan senjatapi dan peluru telah berada di situ berpuluhan tahun lamanya, tidakkah ia juga patut ditutup dan dipindahkan, begitu juga dengan bank-bank, kedai-kedai emas dan seumpamanya.

Saya bersetuju dengan Dr Hatta bahawa jawapan menteri ini sungguh tidak bertanggungjawab dan kalau kita lihat penjelasan Ketua Polis Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Sabtu Osman, seolah ia bercanggah pula. Kata CPO KL (sebagaimana dilaporkan The Star) pondok itu tidak ditutp tetapi dipindahkan kepremis berdekatan yang lebih besar iaitu di Jalan Raja Bot.

Apa pun saya mengharapkan isu keselamatan, jenayah dan pelacuran ini akan dapat dibenteras, dbersih dan dihapuskan sama-sekali di Lorong Hj Taib. Rata-rata yang ramai dan terlibat dalam aktiviti haram ini adalah orang-orang Melayu/Islam belaka. Semoga apa pun kata menteri, pihak polis akan segera bertindak demi menjaga imej dan nama baik mereka.

Tiada ulasan: