Khamis, 9 Oktober 2008

Mat Taib ingin jawatan no 2 Umno
MALAYSIAKINI


Tan Sri Muhammad Mohd Taib hari ini menyertai perlumbaan merebut jawatan nombor dua Umno, sehari selepas presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan kepemimpinan parti dan negara tahun depan.

Ketua penerangan Umno itu calon keempat, setakat ini, yang menawarkan jawatan penting itu, yang membawa kemungkinan dilantik sebagai timbalan perdana menteri, selepas pengumuman naib presiden Datuk Seri Mohd Ali Rustam, anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ketua bahagian Pulau Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Seorang lagi naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan persaingan merebut jawatan itu esok.

Ahmad Zahid hari ini dilaporkan akan mengumumkan penarikan diri selepas keputusan Muhyiddin dengan andaian sentimen popula mahukan gandingan gandingan Datuk Seri Najib Razak-Muhyiddin.

Bekas ketua Pemuda Umno, yang pernah dikaitkan dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan minatnya itu beberapa hari lalu.

Sementara itu, Umno Kuala Terengganu bercadangkan mencalonkan Najib dan Ahmad Zahid untuk dua jawatan teratas Umno.

Ketua bahagian itu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian yang diadakan Selasa lepas.

Bekas setiausaha Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu berkata bahagian juga akan mencalonkan naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai ketua pergerakan itu yang baru.

Tiada ulasan: