Jumaat, 10 Oktober 2008

Kempen anti Najib?
SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - BEBERAPA kain rentang sudah dilihat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bagi menujukan rakyat dan ahli Umno menolak penyerahan kuasa, tampuk kepimpinan Umno kepada Najib Tun Razak.

Kain rentang-kain rentang ini dikatakan dipasang sewaktu Abdullah Badawi mengumumkan untuk tidak bertanding dan akan menyerahkan kuasa kepada Timbalanya.

Selain menayangkan gambar Rosmah Mansor, kain rentang berkenaan turut tertera gambar mangsa pembunuhan kejam, Altantuya.

Antara tulisan yang dipaparkan di kain rentang berkenaan ialah “Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan”, dan ““Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”.

Tiada ulasan: