Jumaat, 24 Oktober 2008

Aset balai raya dikebas ketika peralihan kuasa

MYMETRO


SHAH ALAM - SEGELINTIR pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri aset di balai raya seperti kerusi, meja, lampu, penghawa dingin dan peralatan lain ketika pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan Selangor pada Mac lalu sehingga menyusahkan penduduk melakukan aktiviti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam negeri, Yaakob Sapari, berkata sehingga kini ada peralatan berkenaan masih belum dipulangkan walaupun diminta berbuat demikian.

“Ia menggambarkan begitu buruk perangai atau sikap pihak terbabit. Kerajaan negeri arahkan pejabat penghulu untuk audit aset yang ada.

“Selepas itu, aset berkenaan akan disenaraikan dan diaudit sebelum diserahkan dan dikawal Pejabat Daerah,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Mei yang bertanya sama ada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan mewujudkan sistem tertentu bagi menjamin tiada lagi aset kerajaan negeri hilang apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Tiada ulasan: