Khamis, 2 Oktober 2008

19 terkorban pada hari kelapan Ops Sikap XVII
BERNAMA


KUALA LUMPUR 1 Okt. — Seramai 19 kematian dicatatkan semalam pada hari kelapan Ops Sikap Ke XVII, menjadikan jumlah keseluruhan 105 orang yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula pada 24 Sept.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata mereka yang terbunuh ialah 10 pengguna motosikal, pengguna jeep (3), pengguna kereta (2), pejalan kaki (2), dan pengguna lori dan basikal masing-masing mencatatkan satu kematian.

Jalan Bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 483 kes, diikuti jalan Persekutuan (316 kes), jalan Negeri (243 kes), lebuh raya (97 kes) dan jalan-jalan lain (47 kes), katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata Ops Sikap semalam juga menyaksikan sebanyak 7,204 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik.

Ops Sikap ke-17 akan diteruskan sehingga 8 Okt depan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Tiada ulasan: