Sabtu, 20 September 2008

Tiga pemimpin kanan SAPP keluar parti
Sahar Abdul Majid


KOTA KINABALU - Tiga Pemimpin kanan Parti Maju Sabah (SAPP),yang tidak bersetuju dengan keputusan parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) 17 September lepas bertindak keluar daripada parti itu serta merta berkuatkuasa Khamis lalu.

Orang kanan parti itu ialah Dato' Raymond Tan Shu Kiah (Timbalan Presiden), Au Kam Wah (Ketua Pemuda), dan Jimmy Wong (Naib Presiden).

Sehubungan itu, mereka juga turut melepaskan serta-merta jawatan masing-masing sama ada dalam kerajaan negeri, agensi atau majlis tempatan

Raymon Tan yang merupakan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat (Sandakan), memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap menteri Pembangunan Infrastruktur negeri.

Raymon, 49, dipetik sebagai berkata, surat peletakan jawatannya itu akan diserahkan kepada ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Aman minggu depan,sementara surat peletakan jawatan dalam SAPP akan diserahkan pada bila-bila masa sahaja.

Beliau berkata, keputusanya keluar parti adalah kerana jiwa, kesetiaan dan semangatnya tidak pernah berbelah bagi kepada BN.

Beliau yang ditanya sama ada akan menubuhkan sebuah parti untuk membolehkannya terus bersama BN, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pimpinan parti komponen BN.

Sementara itu, Au Kam Wah yang juga ADUN Elopura (Sandakan) memberitahu bahawa pihaknya juga telah menghantar surat peletakan jawatannya dalam parti sejurus selepas pengumuman SAPP keluar daripada BN pada Rabu lepas.

Au adalah salah seorang pengasas parti berkenaan yang ditubuhkan pada 21 Februari 1994. - mks._

Tiada ulasan: