Isnin, 22 September 2008

Terpulang kepada Perdana Menteri buat keputusan serah kuasa 9 Oktober ini, Muhyiddin
BERNAMA


KUALA LUMPUR:Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada untuk menyerahkan kuasa pada 9 Okt ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata beliau yakin Perdana Menteri tahu apa yang sedang berlaku di peringkat bawahan.

Hujung minggu lepas beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno dilaporkan berkata tidak ada tekanan dikenakan terhadap Abdullah untuk berundur sebelum tarikh peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah sendiri pernah menyebut bahawa tarikh itu boleh dipercepatkan dari Jun 2010 seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Tiada ulasan: