Khamis, 18 September 2008

Terlebih penjara: Bekas banduan terima RM900,000 walaupun ditawar RM1.5 juta
SIASAH DAILY


KUALA LUMPUR: Selepas tersalah tahan selama 217 hari oleh Penjara Malaysia, seorang bekas banduan, Amri bin Abdullah dibayar pampasan sebanyak RM900,000 baru-baru ini.

Namun, perkara yang mengejutkan adalah sebelum ini Jabatan Peguam Negara telah menawarkan secara bertulis kepada Amri pampasan sebanyak RM1.5 juta.

Ia dibuat melalui satu surat dari jabatan itu bertarikh 26hb September 2007 yang antara lain berbunyi: “Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami bersedia menawarkan pampasan kepada Plaintiff sebanyak RM1,500,000.00 (RM1.5 juta) termasuk faedah dan kos. Tawaran ini adalah muktamad.”

Sebelum ini, Siasah telah melapurkan, Amri menuntut RM347 juta akibat terlebih tahanan itu. Pengiraan dibuat berdasarkan pampasan yang diberikan terhadap kes-kes tersalah penjara sebelum ini.

Namun, selepas turun naik ke mahkamah dan menderita tanpa pekerjaan kerana status bekas banduan, Amri mendapat RM900,000 sahaja.

Amri dibebaskan dari Penjara Pokok Sena pada 26 Oktober 2005 dan mendapati beliau terlebih penjara selama 217 hari. Sejak itu beliau menuntut gantirugi melalui peguamnya.

Pelbagai pancaroba dilalui beliau termasuk terpaksa merawat isterinya yang bersalin secara cecarean, berlaku komlikasi dan memerlukan rawatan susulan.

Beliau juga mendapat 'tawaran' dari pelbagai pihak dalam menyelesaikan tuntutannya.

Namun akhirnya, Amri menerima jumlah gantirugi sejumlah itu sahaja selepas berjuang hampir tiga tahun untuk mendapatkan pampasan yang sewajarnya.

Tiada ulasan: