Selasa, 9 September 2008

Selepas 4 bulan, Tun Mahathir mahu kembali ke Umno
Oleh SA'ODAH ELIAS
(Dikemas kini)

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu lalu.

Muhyiddin mendedahkan perkembangan tersebut di sini sebentar tadi berkata: "Dr. Mahathir sendiri menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno."

Kata Muhyiddin, beliau telah menemui Dr. Mahathir atas permintaannya minggu lalu.

Malah, jelas Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.

Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat khas hampir tiga jam menerima keputusan Dr. Mahathir untuk keluar Umno serta-merta.

Ketika mengumumkan keputusan MT pada hari tersebut, Najib berkata: "Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima."

"MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti," kata beliau.

Dr. Mahathir yang memegang nombor keahlian Umno '1' mengumumkan keluar Umno di Alor Star pada 19 Mei

Turut keluar ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Mokhzani.

Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid juga keluar Umno.

Tiada ulasan: