Selasa, 16 September 2008

Saham KL ditutup rendah secara keseluruhan
BERNAMA


KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhan hari ini dalam urus niaga lesu di celah-celah ketidaktentuan iklim ekonomi global dan politik domestik, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merosot 12.40 mata atau 1.19 peratus lebih rendah pada 1,031.63. KLCI dibuka lemah 6.62 mata pada 1,037.41.

KLCI mencecah paras rendah seharian 1,028.08, turun 17.95 mata dengan kerugian pada kaunterkaunter berkaitan indeks seperti Tenaga Nasional dan kaunter berkaitan perladangan terus memberi tekanan kepada bursa tempatan, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, belian sedikit demi sedikit pada minit terakhir urus niaga ke atas kaunter-kaunter seperti Maybank membantu mengurangkan kerugian tetapi ia gagal menaikkan sentimen keseluruhan pasaran, kata beliau.

Aseambankers berkata ia menjangkakan kelemahan yang berterusan dalam tempoh terdekat.

"Sentimen pasaran mungkin kekal lemah terutama sepanjang suku keempat 2008 dengan para pelabur mahukan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi politik daripada apa sahaja yang bakal berlangsung sehinggalah kepada pemilihan parti UMNO pada 1620 Dis," katanya.

Indeks Kewangan susut 24.80 mata kepada 8,614.61, Indeks Perindustrian merosot 15.94 mata kepad 2,174.23 dan Indeks Perladangan lebih rendah 133.09 mata atau 2.64 peratus kepada 4,913.91.

Daripada siri-siri Indeks FTSEBM, Indeks FBMEmas turun 110.60 mata kepada 6,833.53, FBM30 berkurangan 96.74 mata kepada 6,642.30, FBM2BRD merosot 104.24 mata kepada 4,924.34 sementara FBMMDQ susut 86.6 mata kepada 4,049.86.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 491 berbalas 108 sementara 206 kaunter tidak berubah, 540 tidak diniagakan dan 23 lagi kaunter digantung urus niaga.

Jumlah dagangan ialah 306.877 juta saham bernilai RM682.214 juta, merosot daripada 357.717 juta saham bernilai RM773.848 juta Jumaat lepas.

Tenaga turun 30 sen kepada RM6.90, hasil reaksi kepada pengumuman kerajaan minggu lepas yang ia telah memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas penjana kuasa bebas (IPP). Ia turut menangguhkan rundingan semula perjanjian pembelian kuasa dengan IPP.

Antara sahamsaham yang aktif, KNM turun empat sen kepada RM1.15, IOI Corporation susut empat sen kepada RM4.24, AirAsia merosot tiga sen kepada RM1.15, Sime Darby lebih rendah 15 sen kepada RM5.95 dan MRCB jatuh dua sen kepada 62 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 15 sen kepada RM7.85, MISC menokok 10 sen kepada RM8.40, Telekom Malaysia susut enam sen kepada RM3.44 dan Genting merosot 10 sen kepada RM5.00.

Aseambankers berkata walaupun ia kekal optimistik yang segala masalah mungkin akan dapat diselesaikan, ia bagaimanapun telah merendahkan sasaran akhir tahun untuk KLCI kepada 1,130.

Pemangkin luaran termasuklah kelegaan tekanan inflasi, jangkaan yang penggunaan akan pulih di ekonomi-ekonomi utama Asia seperti China dan ramalan yang pasaran perumahan AS akan berakhir menjelang separuh pertama 2009.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 269.658 juta saham bernilai RM671.754 juta berbanding 296.718 juta saham bernilai RM757.360 juta pada Jumaat.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 11.376 juta saham bernilai RM5.855 juta daripada 20.617 juta saham bernilai RM11.384 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq lebih rendah kepada 17.014 juta saham bernilai RM4.33 juta daripada 16.609 juta saham bernilai RM4.363 juta pada Jumaat.

Waran-waran panggilan susut kepada 8.828 juta unit bernilai RM275,279 berbanding 23.772 juta unit bernilai RM740,194 sebelumnya.

Urus niaga langsung mengecil kepada 20.950 juta bernilai RM15.142 juta daripada 25.983 juta saham bernilai RM26.647 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 11.147 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 44.839 juta, pembinaan 23.474 juta, urus niaga dan perkhidmatan 93.34 juta, teknologi 3.176 juta, infrastruktur 8.757 juta, kewangan 25.216 juta, perhotelan 774,200, hartanah 21.761 juta, perladangan 23.497 juta, perlombongan 13,000, REITs 697,900, dana tertutup 72,000, ETF 82,000 dan pinjaman 12.808 juta.

Tiada ulasan: