Selasa, 2 September 2008

Polis siasat Raja Petra Khamis ini
Irwan Mohd Zain


KUALA LUMPUR - Raja Petra Kamarudin akan disiasat polis khamis ini berhubung akuan berkanun seorang doktor di Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang membabitkan Dato'Seri Anwar Ibrahim.

Pemilik laman web kontroversi Malaysia Today diminta hadir di ibu pejabat polis bahagian siasatan jenayah perdagangan, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Laman web Malaysia Today kini diharamkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh selama dua jam pada 22 Ogos lalu berhubung akuan berkanun doktor hospital swasta itu Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan bermula 8 pagi.

Pada 27 Ogos, SKMM mengarahkan penyedia khidmat internet (ISP) utama negara menyekat akses kepada blog popular tersebut. - mr _

Tiada ulasan: