Rabu, 10 September 2008

Mangsa banjir di Bukit Merah meningkat
Bernama


IPOH: Seramai 50 orang lagi mangsa banjir di sekitar kampung di Bukit Merah, 120km dari sini, dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir sehingga pukul 5 petang ini 188 orang.

Seramai 138 orang daripada 33 keluarga dari empat kampung dipindahkan sejak 1 tengah hari semalam dan tengah malam tadi membabitkan Kampung Batu 38, 39, 40 dan Kampung Ban Pisang.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Bagan Serai berkata mangsa banjir yang baru dipindahkan antara jam 8 pagi hingga 2 petang tadi membabitkan Kampung Parit Haji Hasan dan Kampung Alor Setanguk. Sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Merah (138 orang ), Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu (34) dan Sekolah Kebangsaan Parit Haji Dahalan (16), katanya.

Katanya keadaan air di Empangan Tasek Bukit Merah masih tidak berubah dan melimpahi kawasan kampung-kampung terbabit dengan air naik sedalam lebih satu meter.

Tiada ulasan: