Khamis, 4 September 2008

Isu Ketua Kampung: Jangan raih publisiti murahan
Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Selangor berkata, tujuan utama Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim melantik ketua kampung yang baharu disebabkan Ketua Kampung lama tidak dapat memberi kerjasama dengan baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Ini dakwa, Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad sebahagian besar daripada mereka tidak mampu menandatangani surat akuan untuk berkhidmat kepada semua penduduk tanpa mengira fahaman politik.

Katanya dalam satu kenyataan media semalam, pelantikan Ketua Kampung yang baharu bukan saja mengikuti prosedur yang ketat tetapi bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada semua.

"Oleh itu isu keahlian parti tidak timbul, lebih-lebih lagi mereka yang dilantik tidak dibenarkan sama sekali memegang sebarang jawatan di dalam parti politik," jelasnya.

Beliau berkata syarat-syarat tersebut selaras dengan janji awal kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan terbaik rakyat yang tidak dipengaruhi undur-unsur politik.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri meminta pihak yang berkepentingan supaya tidak meraih publisiti murahan dengan isu tersebut.

"Rakyat Selangor harus memberi sokongan penuh kepada Ketua Kampung supaya mereka dapat membantu segala polisi kerajaan negeri untuk 'Merakyat Ekonomi Selangor,"katanya.

Sementara itu, pada 30 Ogos lalu seramai 366 Ketua Kampung dilantik oleh Menteri Besar Selangor di Wisma PKPS. - mks. _

Tiada ulasan: