Rabu, 10 September 2008

Hanya 10 peratus padi rosak
Bernama


KUALA LUMPUR: Banjir di utara Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari lalu tidak menjejaskan hasil tanaman padi di kawasan yang terbabit.

Di Kedah, banjir di daerah Yan dan Sungai Petani didapati tidak menjejaskan hasil tanaman padi secara serius kerana 90 peratus daripada tanaman itu sudah dituai.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jumlah kerosakan padi akibat banjir hanyalah 10 peratus di kawasan Gurun.

“Mujurlah banjir kali ini tidak menjejaskan tanaman kerana sebanyak 90 peratus kawasan sawah telahpun selesai dituaisejak bulan lepas,” katanya .

Tiada ulasan: