Khamis, 4 September 2008

Guan Eng, DAP negeri berbuka puasa bersama PAS Pulau Pinang esok
Mohd Sabri Said


PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berminat berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Pulau Pinang pada 4 September ini (hari ini ) di Restoran Kasim Mustaffa, Seberang Jaya.

Rombongan beliau dijangka akan sampai jam 6.45 petang bersama barisan Exco dari Parti DAP Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man memberitahu, dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri baru-baru ini memutuskan untuk mengadakan majlis berbuka puasa sesama sendiri untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim.

"Tiba-tiba suatu hari Lim bertanya bila masa beliau boleh berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Pulau Pinang. Mungkin beliau berjenaka tapi memandangkan kami pun ada program tersebut beliau pun berminat," katanya.

Justeru itu, Ustaz Salleh mengingatkan semua Jawatankuasa Badan Perhubungan agar datang bersama ke majls berkenaan kerana selain berbuka puasa boleh juga mengadakan perbincangan ringkas berkaitan pentadbiran negeri dan perkembangan negara.

Selain Ketua Menteri antara yang akan hadir ialah wakil-wakil rakyat DAP iaitu Chow Kon Yeow, Chong Eng, Lim Hock Seng, Ohee Boon Poh, Lew Chin Tong, Ng Wei Aik. - mr _

Tiada ulasan: