Jumaat, 5 September 2008

ADUN Lenggeng didakwa hari ini
Utusan Online.


KUALA LUMPUR . – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim akan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban pagi ini.

Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Shukri Abdull yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan mengenainya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kes itu termasuk pertuduhan ke atas Mustafa.

Pada 31 Ogos lalu, Mustafa ditahan kerana disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 5 petang.

Beliau kemudian dibawa oleh sepasukan pegawai ke Ibu Pejabat BPR Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Klana Maamor, Seremban untuk disoal siasat.

Isteri wakil rakyat berkenaan yang turut berada di restoran tersebut ketika serbuan itu juga dibawa bersama-sama beliau.

Wakil rakyat itu hanya dibebaskan dengan ikat jamin BPR pada kira-kira pukul 12 tengah malam 31 Ogos itu selepas tujuh jam disoal siasat.

Tiada ulasan: