Isnin, 8 September 2008

86 peratus yakin Anwar mampu bentuk kerajaan 16 September
Suhaimi Taib


KUALA LUMPUR - KL.Pos, sebuah laman web politik memaparkan data sebanyak 86 peratus orang ramai bersetuju menyatakan bahawa Mantan Timbalan Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan persekutuan 16 September ini.

Manakala 14 peratus lagi tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Laman web berkenaan mengajukan soalan 'Setelah menang besar, adakah anda yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan 16 September ini?'.

Ini dipercayai akibat desas desus tidak kurang dari 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), merancang untuk mengadakan program pemukiman secara tergesa-gesa tanpa menetapkan destinasi yang dituju sekali gus menampakkan ia bertujuan tertentu.

Namun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan langkah BNBBC untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

"Ia tiada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini semalam. - mns _

Tiada ulasan: