Rabu, 13 Ogos 2008

Tiada Monsoon Cup Tahun ini
oleh WanKay & SM Noor

Kuala Terengganu - Sukan perahu layar Monsoon Cup pada tahun ini mingkin tidak diadakan berikutan pihak syarikat yang menganjurkan sukan tersebut mahukan bayaran tambahan.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyatakan demikian pada satu majlis bersama pihak media yang diadakan disebuah hotel disini semalam.

Beliau berkata pihak tersebut bertindak meminta tambahan bayaran kerana mereka mendakwa mengalami kerugian daripada siri penganjuran lalu .

Pada 6 jun lalu, Ahmad membuat penegasan dan mengakui Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang dianjurkan sejak tahun 2006 hanya memberi manfaat kepada segelintir golongan tertentu tetapi tidak kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata, di sebalik penganjuran kejohanan itu selama ini, rakyat tempatan hanya mampu menjadi penonton sedangkan orang luar yang mendapat faedah.

Dalam perkembangan yang sama, Utusan memetik Ahmad berkata, status penganjuran kejohanan itu masih samar kerana setakat ini, tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk daripada segi persediaan penganjuran kejohanan kapal layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun.

“Dalam taklimat yang diberikan T-Best Events kira-kira dua bulan lalu, kerajaan negeri dimaklumkan syarikat itu memerlukan suntikan dana berbelas juta ringgit kerana mengalami kerugian, namun sehingga kini tiada rundingan lanjut diadakan, senyap sahaja.

``Kalau tidak ada, tak adalah. Kita akan teruskan dengan acara sukan rakyat seperti perahu panjang yang telah dirancang untuk diadakan semasa Piala Monsun sebelum ini,'' katanya.

Manakala agensi Bernama melaporkan Ahmad berkata penganjur sepatutnya sudah mengadakan siri perbincangan dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan itu

Bagaimanapun menurut Ahmad, sehingga kini, penganjur tidak memaklumkan persiapan mereka termasuk bagi mengadakan acara sampingan menjelang kejohanan berprestij itu yang memasuki edisi ketiga tahun ini.

“Tiga bulan lalu, penganjur ada berjumpa dengan saya berbincang mengenai Piala Monsun dan mereka minta kerajaan negeri menambah peruntukan berbelas juta untuk menganjurkan kejohanan itu tahun ini.

“(Namun) selepas itu mereka diam dan setakat ini saya tidak tahu mengenai perkembangan kejohanan itu sama ada ia diadakan atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media Terengganu di sini, malam tadi.

Ahmad berkata penganjur kejohanan itu meminta kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih tinggi tahun ini kerana mendakwa mengalami kerugian tahun lalu.

Tiada ulasan: