Isnin, 11 Ogos 2008

Strategi PKR pikat Cina di Ptg Pauh
Malaysiakini

Lebih kurang seminggu sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh, PKR memperkemaskan strateginya untuk menarik sokongan pemilih kaum Cina.

Parti itu semalam mengadakan perbincangan dengan kira-kira 200 ketua bahagian dari seluruh negara bagi berdepan pilihanraya terpenting, yang disertai penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 16-26 Ogos.

Perbincangan itu diketuai naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, lapor Bernama semalam.

"Perbincangan ini difokuskan kepada kawasan Cina dan juga untuk beri penerangan kepada mereka (pengundi Cina) mengenai isu yang membabitkan kaum itu," kata bendahari PKR bahagian itu, Sim Bak Seong.

Beliau menambah, setakat ini, 15 bilik gerakan PKR dibuka di kawasan parlimen.

Sementara itu, Lee dilaporkan berkata PKR akan membawa tiga isu semasa berkempen iaitu perpaduan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tiada ulasan: