Selasa, 12 Ogos 2008

Rasuah: Pengarah jabatan kerajaan dibebaskan dengan jaminan

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membebaskan seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditahan reman dengan jaminan.

Lelaki berumur 56 tahun itu ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas dia menyerah diri pada 4 Ogos lepas bagi membantu siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek kerajaan persekutuan di Kelantan.

Majistret Raja Norshuzianashakila Raja Mamat membenarkan lelaki itu diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Pegawai Penyiasat BPR, Mohd Khairol Mohamad berkata siasatan terhadap lelaki itu masih berjalan. BERNAMA

Tiada ulasan: