Rabu, 13 Ogos 2008

Pintarkah pemikiran budak-budak UiTM


Syukur alhamdullilah saya bukanlah kilang kelahiran UITM (dulu famous ITM) tapi saya kelulusan UTM..hampir sama je tapi saya sedih atas kedangkalan para pelajar dan alumni yang sudah tentu bangga bergelar mahasiswa. Tidak terduga begitu ramainya mahasiswa berarak tanpa menilai dan mengambilkira terlebih dahulu tentang kronologi apa yang berlaku. Mahasiswa ini hanya terpengaruh atas desakan dan adu domba oleh sesetengah pihak seterusnya dicurahkan api oleh pihak media yang terang-terangan mempolitikkan keadaan.

Dr Halimah dalam webnya {Dr. Halimah Ali} menerangkan dengan panjang lebar atas apa yang terjadi hasil temubual wartawan Sinar Hairan dengan beliau sewaktu merasmikan majlis penutup "kursus menjahit untuk ibu tunggal" di Kg Delek Klang Selangor Wartawan ini telah meminta pendapatnya tentang pendedahan Pemuda UMNO Shah Alam tentang cubaan membuka pintu UiTM kepada pelajar kaum lain. Saya sebut tentang persaingan sihat, keperluan mengkaji hasrat ini dengan lebih terperinci serta betapa perlunya wujud persaingan dalam meningkatkan prestasi.

Apa yang Dr. Halimah utarakan cumalah pandangan beliau setelah ada pihak dari Pemuda UMNO Shah Alam dan ini seterusnya diikuti komen dari Bapak Khalid. Ianya telah dipolitik dengan begitu indah sekali hingga alumni, maha tak siswa, kaki dan tangan UITM sendiri malah Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah turut berdengkur mengikut rentak yang sama. Inilah kedangkalan pemikiran yang bila akal mulai dikuasai dengan nafsu amarah, syaitan bersorak riang. Tindakan melaga-lagakan pemimpin, mahasiswa serta orang prihatin menjadi bahan ketawa bagi orang macam saya.

Di rujuk pada kes Majlis Peguam yang menganjurkan forum terbuka tempoh hari, setelah keadaan tenang lihat apa yang berlaku, nak harap kerajaan untuk ambil tindakan ISA kepada pihak yang berkenaan jauh panggang dari api, cakap tak serupa bikin..mana perginya orang GAMIS, PEKIDA, MPP, NGO-NGO malah Sdr Zulkifli sendiri. Senyap je..

Cuba
kita lihat selama ini kalau mahasiswa nak perjuangkan nasib kaum Melayu, banyak yang boleh dilakukan..kenapa bila Bapak Khalid cuma memberi cadangan yang sudah tentu tinggal cadangan yakni bukan dibawah kuasa kerajaan negeri, mereka ini meleleh air liur berteriak dan memaki hamun pemimpin bangsa sendiri. Tak malukah...fikirkanlah kembali. Mahasiswa tidak boleh berfikiran seperti katak di bawah tempurung, kena pecahkan tempurung untuk melihat dunia luar. Kita sekarang terpaksa bersaing menerusi dunia yang semakin global. Jadilah mahasiswa yang glokal...UITM itu hanyalah sementara dunia luar lebih mencabar.

Isu-isu budaya couple di IPTA dan IPTS janganlah dianggap remeh, majoritinya orang Melayu dan Islam, isu pinjaman PTPTN serta ribanya sekali, isu kebebasan mahasiswa untuk bersuara, isu pelajar murtad, isu mahasiswa menganggur dan banyak lagi patut dititikberatkan. Kenapa banyak kes-kes yang Melayunya telah hilang selama ini tidak diutarakan. Apakah persatuan pelajar dan MPP UITM hanya berkisar isu dalaman kampus sahaja. Menganjurkan seminar rumahtangga, kursus mesra pelajar tanpa memikirkan atau memperjuangkan isu-isu yang lebih global melibatkan isu antarabangsa malah Malaysia sendiri khususnya.

Saya mencadangkan agar maha x siswa, kaki dan tangan UITM, alumni malah NCnya sendiri mengambil peluang dengan kesungguhan MB Selangor, Bapak Khalid untuk mengadakan satu perjumpaan serti yang diuar-uarkan oleh [Malaysiakini]

Berfikirlah secara nak jantan, matang dan jangan terikut-ikut dengan kedangkalan suara NCnya yang tentu telah mempolitikkan keadaan ini. Banyak yang ingin saya luahkan namun memikirkan inilah budaya orang Melayu yang cepat melatah serta jumudnya pememikiran mahasiswa yang terlibat..susah untuk saya ungkapkan. Akhir kalam rebutlah peluang yang ada di depan mata, Bapak Khalid sudah bersuara, dan sewajarnya peranan MPP mengambil peluang ini. Adakan sessi soaljawab, pemikiran kritis selalunya membawa keputusan yang baik. Bertindaklah secara rasional. Sekian.

Pandanganku ceritaku; nekadislam.

Tiada ulasan: