Sabtu, 23 Ogos 2008

Pengundi Permatang Pauh diingatkan berhati-hati dengan SMS fitnah
Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Pemuda PAS meminta pengundi-pengundi di Permatang Pauh berhati-hati dengan penyebaran SMS yang dihantar secara rawak atau rambang yang memfitnah calon Parti Keadilan Rakyat (KeADIlan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai bentuk perang saraf terhadap Pakatan Rakyat.

Setiausahanya, Mohd Sabky Yusuf berkata, sejak seminggu lalu beliau turut menerima mesej yang sama yang kononnya dihantar oleh PAS Pulau Pinang dengan mengutuk dan melebelkan beliau sebagai peliwat.

"Kita minta supaya pengundi-pengundi Permatang Pauh dan seluruh penyokong Pakatan rakyat tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk SMS yang dihantar secara rawak sepanjang musim pilihan raya di Permatang Pauh," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, Pemuda PAS cuba mengesan talian yang menghantar SMS tersebut tetapi tidak berjawab.

Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS mengingatkan semua pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan sebarang SMS layang sepanjang tempoh kempen di Permatang Pauh walaupun menggunakan nama parti PAS. - mns_

Tiada ulasan: