Rabu, 20 Ogos 2008

Penduduk bukan Islam hidup aman di bawah pentadbiran PAS
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negeri ini dapat hidup aman dan sentosa biar pun pentadbiran negeri ditadbir di bawah kepemimpinan ulama sejak lebih 18 tahun lalu.

Perkara itu diakui pemimpin masyarakat Cina di sini Lim Guan Seng yang juga Penghulu Tanpa Mukim Dun Tanjung Mas,

Menurutnya, walau pun Kelantan ditadbir di bawah PAS, namun kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan masyarakat bukan Islam bagi mendapat hak sebagai rakyat.

“ Apa yang masyarakat Melayu dapat, itu yang kami perolehi seperti skim insurans warga emas (Kifaalah), sumbangan untuk orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik dan pelbagai lagi.

“ Kami merasakan begitu selesa di bawah kerajaan Kelantan kerana konsep keadilan yang dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan negeri terhadap masyarakat Tionghua dan kaum-kaum lain, “ ujarnya di sini.

Pegawai Penerangan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chu Lay pula berkata, banyak keistimewaan yang diperolehi masyarakat bukan Islam di bawah kepemimpinan PAS.

Antaranya kata beliau kerajaan PAS melantik wakil rakyat bukan Melayu, iaitu Dato' Anuar Tan Abdullah sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

“Walaupun beliau seorang Muslim, tetapi hakikatnya dia tetap sebangsa dengan kami,ujarnya.

Beliau juga berkata, sebelum ini penduduk bukan Islam di luar Kelantan terpengaruh dengan dakyah yang mengatakan masyarakat minoriti di sini kurang mendapat pembelaan kerajaan negeri.

Baru-baru ini, seramai 100 pelawat dari Ipoh , Parit buntar dan Gual Badak melawat Kelantan. Mereka diberi penerangan mengenai kerajaan negeri oleh Lim Guan Seng dan Chia. - mj _

Tiada ulasan: