Selasa, 12 Ogos 2008

Olimpik: Skuad memanah gagal ke separuh akhir

BEIJING: Kekecewaan jelas kelihatan di wajah trio pemanah Malaysia apabila mereka gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir setelah tewas lima mata kepada Itali dalam penampilan pertama mereka di Sukan Olimpik.

Apa yang dapat dilihat daripada kekalahan 213-218 mata kepada pemanah Itali adalah kekurangan pendedahan dalam suasana penuh dramatik di Lapang Sasar Memanah Olimpik, yang menyaksikan rekod Olimpik diatasi dua kali sebelum separuh akhir, kata jurulatih kebangsaan Lee Jae Hyung.

"Kami menjangkakan akan mara ke separuh akhir. Acara berpasukan adalah pertaruhan terbaik kami, kejohanan individu adalah jauh amat tinggi dan secara jujur, peluang kami adalah tipis dan ia merupakan satu pencapaian jika manamana mereka dapat mencapai kedudukan 16 terbaik," kata

Lee, warganegara Korea, yang menjadi jurulatih di Malaysia sejak 2001.

Dalam acara berpasukan kalah mati 24 panahan yang dibahagikan kepada empat pusingan, Malaysia mencatatkan keputusan 54-55-51-54 manakala Itali 54-55-55-54.

heng Chu Sian, yang lazimnya pembidik paling handal gagal mempamerkan panahan terbaiknya dan membidik serendah 67 manakala Wan Khalmizam Abd Aziz memperoleh 75 dan Muhd Marbawi Sulaiman pula 71.

"Biasanya beliau yang paling handal tetapi di Beijing, Wan Khalmizam merupakan yang terbaik antara mereka bertiga," kata Lee.

Wan Khalmizam, yang memecahkan rekod kebangsaan 72panahan catatannya sendiri semasa pertandingan menentukan kedudukan, berkata: "Saya rasa saya membidik dengan baik, rakan sepasukan boleh melakukannya dengan lebih baik."

Masing-masing Cheng dan Wan Khalmizam kini berada pada tempat ke13 dan ke81 dalam kedudukan dunia manakala Muhd Marbawi berada di tempat ke100.

"Dalam akhir sesi ketiga, saya memperoleh enam mata. Ia sangat jauh ke sebelah kanan dan saya menyasarkan panahan ke arah sebelah kiri, tetapi ia terlalu sangat ke kiri dan selepas itu saya memperoleh tujuh. Saya terlalu gugup, saya tidak dapat mensasarkannya dengan baik," kata Cheng.

Malaysia telah menempatkan diri mereka dalam kelompok lapan terakhir sebagai empat pasukan terbaik dalam pertandingan kedudukan dan pagi ini, mereka menunggu keputusan perlawanan antara Itali dan Kanada.

"Pasukan Itali mendapat kelebihan daripada segi hanya perlu bertanding satu perlawanan tetapi punca utama kegagalan kita adalah kurang pengalaman. Ini merupakan penyertaan pertama kami dalam temasya Olimpik, pasukan terbaik di sini mempunyai pemanah yang telah bertanding sejak Sukan Olimpik Atlanta pada 1996," katanya.

Lee, yang optimis dengan masa depan pasukan negara, berkata pemanah negara memerlukan lebih banyak pengalaman bermain di kejohanan peringkat tinggi.

"Pasukan-pasukan terbaik menyertai lapan hingga 10 pertandingan setahun, pasukan Malaysia hanya menyertai kirakira empat paling banyak. Ini perlu diubah," katanya.

Poland mencatat rekod Olimpik 223 mata dengan menewaskan Australia untuk mara ke suku akhir, tetapi mereka tewas ditangan pasukan handalan Korea Selatan yang mencatatkan 224 mata.

Pertandingan individu dijadual berlangsung pada Rabu. BERNAMA

Tiada ulasan: