Jumaat, 1 Ogos 2008

(Mutakhir)

Tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh minggu depan
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Tarikh pilihan raya kecil akan ditentukan pada mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pertengahan minggu depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online pihaknya sudah menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh hari ini.

"Notis sudah diterima. Kita akan tentukan tarikh pilihan raya pertengahan minggu depan," kata beliau.

Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999, dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan dalam 60 hari lagi.

Isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR memutuskan untuk mengosongkan kerusi berkenaan selepas disandang sejak 1999.

Tiada ulasan: