Rabu, 6 Ogos 2008

"Mereka akan guna pelbagai cara kalahkan saya" Anwar
Oleh Bernama

BENTONG: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) akan melakukan pelbagai cara bagi memastikan beliau kalah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti.

Katanya pemimpin-pemimpin BN dan jentera parti itu akan terus memburukkan nama beliau termasuklah dengan menaburkan fitnah.

"Sudah jadi tugas mereka untuk melemparkan fitnah terhadap saya tapi saya sekali-kali tidak akan mengalah," katanya ketika berceramah di markas PAS di Chegar Medang di sini malam tadi yang dihadiri lebih 3,000 orang.

Ketika beliau sedang berucap sekitar 11 malam, lampu terpadam secara tiba-tiba dan ini mencetuskan situasi panik dalam kalangan penyokong-penyokong beliau yang khuatir Anwar akan ditahan polis berhubung laporan yang dibaut terhadapnya mengenai satu kes liwat.

Namun sejurus selepas keadaan pulih seperti sedia kala, Anwar meneruskan ceramahnya dengan mengajak semua ahli Umno dan parti komponen BN menyertai Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: