Rabu, 20 Ogos 2008

Kadar jenayah Ampang turun sejak Pakatan Rakyat
Saidah Hairan


AMPANG JAYA - Kadar jenayah di Ampang Jaya yang berada ditahap ketiga tertinggi di Selangor menurun sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Menurut ahli Majlis Perbandaraan Ampang Jaya (PBT), Wan Hasrina Wan Hassan, penurunan kadar jenayah itu dimaklumkan sendiri oleh OCPD Ampang, Jalil Hassan dalam mesyuarat MPAJ.

Katanya, Jalil Hassan memaklumkan bahawa kadar jenayah yang berlaku di Ampang turun 8.3 peratus iaitu 415 kes selepas Pakatan Rakyat memerintah, kalau dulu Ampang Jaya antara ketiga tertinggi di Selangor.

Sehubungan itu Hasrina berkata, ia menunjukkan peranan ahli PBT amat penting bagi memberi kesedaran rakyat dengan mengadakan dialog bersama penduduk.

Tambah beliau, ahli PBT Ampang sentiasa membuat laporan berterusan kepada pihak polis berhubung kes lumba haram, samun dan sebagainya.

Beliau berkata, pihak Polis juga berharap ahli PBT dapat memberi kerjasama berterusan dengan melaporkan segera segala kes jenayah supaya dapat diatasi._SH

Tiada ulasan: