Sabtu, 23 Ogos 2008

Gelaran 'Datuk' kepada Lim Kit Siang hanya spekulasi
Sinar Harian


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan penganugerahan gelaran 'Datuk' kepada beberapa pemimpin parti dalam pakatan Rakyat (PR) termasuk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang hanyalah spekulasi semata-mata.

"Saya tidak bercadang membincangkan tentang pelantikan ini kerana ia (anugerah) akan ditapis oleh Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan nasihat daripada Majlis Raja-Raja,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan negeri mencadangkan penganugerahan gelaran 'Datuk' kepada Lim Kit Siang, seorang pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas serta seorang dari badan bukan kerajaan (NGO) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Abdul Khalid berkata, penganugerahan tersebut bukan sebuah urus niaga dan berharap semua pihak memahami anugerah berkenaan adalah 'sesuatu yang istimewa'.

“Sebagai menteri besar saya tidak mempunyai kuasa dalam hal (penganugerahan) ini walaupun saya merupakan ahli dalam Dewan DiRaja. Penganugerahan 'Datuk' di negeri ini bukanlah penganugerahan biasa, malah jumlah Datuk di Selangor juga terhad," katanya.

Tiada ulasan: