Rabu, 20 Ogos 2008

Empat ALP baru Unisel dilantik
Salmiyah Harun


KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Selangor mengumumkan perlantikan empat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) baru Universiti Industri Selangor (Unisel).

Perlantikan dibuat menerusi mesyuarat ALP Unisel pada 14 Ogos 2008 dan ia berkuat kuasa serta merta.

ALP yang dilantik ialah Naib Presiden bahagian pendidikan Petronas Dato' Dr Rosti Saruvono, Pengerusi Perunding Bakti Sdn Bhd dan bekas Naib Canselor UPM Dato' Dr Ir Muhamad Zohadie, Pengerusi Perisai Petroleum Teknologi Bhd dan bekas CEO SIRIM Berhad Dato' Dr Mohamed Ariffin Aton dan Peguam Faekah Husin.

Mereka yang dilantik mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan akademik.

Sebagai ALP yang baru mereka bertangunggjawab membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Unisel.

Pelantika mereka adalah langkah awal kerajaan Selangor untuk menjadikan Unisel sebuah universiti yang mempunyai daya saing serta dapat melahirkan ramai graduan bersedia bertugas di peringkat antarabangsa.

Profil ALP yang baru Unisel

Dato' Dr Rosti Saruworno telah memegang jawatan Naib Presiden di bahagian pendidikan Petronas sejak Mac 2004. Sebelum itu beliau adalah CEO Universiti Petronas Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab menubuhkan Universiti Petronas sejak 1995. Beliau memegang Sarjana PhD dalam Pengajian Perniagaan dari Henley Management College, Brunei Universiti UK, MBA (Brunei Universiti)dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Universiti Queensland, Australia).

Dato' Dr Ir Muhamd Zohadie Bardaie seorang jurutera profesional yang berdaftar dan berkhidmat sebagai Pengerusi Perunding Bakti Sdn Bhd. Sebelum itu beliau adalah Naib Canselor UPM dari 2001 hingga 2005. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik semenjak tahun 1971 dan memegang pelbagai kelayakan termasuk PhD dalam Agriculture/Environmental System Engineering dari Cornell University New York dan Masters of Science dari University of California.

Dato' Dr Mohamed Ariffin Aton adalah pengerusi kepada Perisai Petroleum Teknologi Bhd. Sebelum itu beliau adalah CEO SIRIM Bhd. Beliau adalah seorang doktorat dalam Chemical Engineering dari Universiti Of Leeds UK.

Faekah Husin seorang peguam yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dan menguruskan firma guamannya sendiri, Messrs Faekah and Choung. - mns_

Tiada ulasan: