Isnin, 18 Ogos 2008

Calon AKIM belum mula kempen agresif
mstar online


PERMATANG PAUH: Ketika dua calon lain telah memulakan kempen pilihan raya masing-masing sejurus selepas penamaan calon semalam, Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat belum memulakan kempen agresif.

"Saya sekarang berada di Kota Bahru dan akan balik (ke Permatang Pauh) Selasa, Rabu ini," kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Markas operasi Arif Shah beliau terletak di Bukit Mertajam.

Kata Hanafi, walaupun beliau tidak memulakan kempennya secara menyeluruh petugas-petugasnya sudah mula bergerak di kawasan Permatang Pauh.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Hanafi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau ditaja oleh PAS bagi menyertai pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

Beliau berkata, walaupun PAS dan AKIM merupakan 'sahabat' dan mempunyai matlamat perjuangan yang sama, ia tidak bermakna parti itu ditaja PAS bagi memecah undi PKR.

"Saya menafikan dakwaan bahawa saya telah ditaja PAS pada pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya.

Tiada ulasan: