Selasa, 19 Ogos 2008

Bekas KP Imigresen didakwa hari ini
Malaysiakini


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Wahid Md Don dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM60,000 dari seorang ahli perniagaan bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh bulan lalu.

Wahid, 56, didakwa menerima wang itu dari Datuk Low Chang Hian ebagai bayaran upah

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai, demikian menurut laporan Bernama.

Wahid tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut, mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh idenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau
mana-mana yang lebih tinggi.

Ketika pertuduhan dibacakan, Wahid yang berpakaian kot berwarna hitam, enganggukkan kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

25 saksi

Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais meminta mahkamah menetapkan jaminan ebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa Wahid iserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan akan memanggil seramai 25 saksi untuk perbicaraan kes itu nanti.

Peguam Datuk V Sithambaram meminta mahkamah membenarkan Wahid diikat jamin peribadi memandangkan anak guamnya merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan yang patuh pada undang-undang dan tidak akan melarikan diri kerana "tidak mahu kehilangan segala-galanya."

Lagipun, katanya, Wahid telah bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepanjang siasatan.

Hakim S M Komathy Suppiah membenarkan Wahid diikat jamin RM50,000 dengan peorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan perbicaraan diadakan selama lima hari, mulai 18 Mei tahun.

Isteri Wahid membayar jaminan tersebut.

Wahid, yang memegang jawatan ketua pengarah Imigresen sejak 1 Oktober 2006, kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tiada ulasan: