Selasa, 19 Ogos 2008

120 ahli Umno Kampung Jawa sertai KeADILan
Mohd Sabri Said


PERMATANG PAUH - Tindakan 120 bekas ahli Umno Cawangan Kampung Jawa, Jalan Baru Perai menyertai Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan) semalam membuktikan sokongan terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim kian meningkat.

Dato' Seri Anwar yang dijadualkan bertemu masyarakat di situ dalam majlis ramah mesra berkata, sokongan penduduk khususnya bekas ahli Umno terhadap pengorbananya dalam Pakatan Rakyat dihargai.

"Ahli Umno jangan takut, saya bukan bermusuh dengan mereka tetapi kepimpinan tertinggi negara. Mereka sebenarnya ditipu dengan mengemukakan fakta berbentuk fitnah. Biarlah kali ini kita bersama bangkit menentang penyelewengan fakta, rasuah atau penyelewengan BN yang ada di depan mata," jelasnya.

BN sambung beliau, sudah berada di paras hidung untuk terus hidup lebih-lebih lagi perjuangan Umno yang sudah berubah menjadi perjuangan mendapatkan kepentingan peribadi atau sesama sendiri.

Bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Jawa, Ahmad Hashim menyifatkan, Umno kini sebenarnya sudah parah tetapi cuba disembunyikan oleh kepimpinan yang ada.

Rekod kejayaanya membawa Malaysia terus makmur ujarnya, telah lama berubur bersama sikap kepimpinan yang mementingkan pengaruh dan kuasa kerana bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.

"Saya tahulah sebab saya dalam kelambu Umno. Depa jangan dok penipu golongan muda kononnya perjuangan menerusi Umno sahaja negara akan selamat," terangnya.

Bekas Ketua Penerangan Umno Cawangan Kampung Jawa, Janin Jaimin 63 pula kesal kerana ditipu oleh kepimpinan sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri.

Matlamat untuk menggangkat maruah bangsa sambungnya, hanya rekaan semata-mata sedangkan yang untung segelintir ahli yang rapat dengan kepimpinan atasan.

"Tipu mainan Umno di mana sahaja selagi boleh menipu mereka akan melakukanya," terangnya.

Sementara itu, bukan sahaja golongan veteran bertindak keluar parti bahkan terdapat ramai golongan muda turut berbuat demikian.

Antaranya, Mohd Naim Mohd Nazri 21, Mohd Fazli Mohd Nor 23 dan Mohd Naeem Ahmad 23 dari Umno Cawangan Jalan Baru.

"Kami dah tak rela dipergunakan sepertimana dalam pilihan raya umum lalu. Apa yang kami buat langsung tak dibayar sedangkan orang atasan memberitahu mereka menyerahkan wang sagu hati pada beberapa orang yang kononnya jadi pemimpin kami. Dalam KeADILan kami akan laksanakan kerja tanpa habuan," tambahnya yang menyertai KeADILan seminggu lalu di Cawangan Jalan Baru, Perai.

Penyerahan borang di Kampung Jawa semalam dilakukan oleh Setiausaha KeADILan Cawangan kampung terbabit, Ramli Saad kepada Dato' Seri Anwar. - mns

Tiada ulasan: