Rabu, 13 Ogos 2008

12 Cawangan Umno T'ganu digantung
Malaysiakini

Sebanyak 12 cawangan Umno di Terengganu telah digantung pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan tidak layak untuk mengadakan mesyuarat masing-masing.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Terengganu, Razali Bidin berkata, daripada jumlah tersebut, lapan cawangan di Umno Bahagian Setiu, Dungun (2) dan masing-masing satu di Kemaman dan Marang.

"Cawangan-cawangan ini digantung pendaftaran kerana tidak menghantar Borang 9 Pendaftar Pertubuhan iaitu dengan tidak mengemukakan laporan tahunan masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam pada itu, Bernama memetik beliau sebagai berkata 18 lagi cawangan tidak layak bersidang kerana statusnya sebagai pemerhati atau cawangan-cawangan yang baru ditubuhkan.

Di Terengganu, Razali berkata terdapat 996 cawangan Umno dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 966 layak mengadakan mesyuarat.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 575 cawangan telah selesai mengadakan persidangan masing-masing dengan Umno Bahagian Hulu Terengganu yang mempunyai
jumlah cawangan tertinggi 109 telah berbuat demikian.

Selebihnya ialah 97 cawangan di Umno Bahagian Kemaman, Dungun (95), Marang (65), Kuala Nerus dan Kuala Terengganu masing-masing 60 cawangan, Setiu (47) dan Besut (42).

Tiada ulasan: